Screenplays & Play

KETIDAKTEPATAN GAMBARAN KISAH NABI MUSA DALAM FILEM EXODUS GODS AND KINGS

Description
KETIDAKTEPATAN GAMBARAN KISAH NABI MUSA DALAM FILEM EXODUS GODS AND KINGS
Published
of 8
0
Published
All materials on our website are shared by users. If you have any questions about copyright issues, please report us to resolve them. We are always happy to assist you.
Similar Documents
Share
Transcript
    PPPN3363 SIKAP ORIENTALIS TERHADAP AL-QURAN DAN AL-SUNNAH   TUGASAN: ARTIKEL POSTER: KETIDAKTEPATAN GAMBARAN KISAH NABI MUSA DALAM FILEM EXODUS: GODS AND KINGS DISEDIAKAN UNTUK: PROF MADYA DR. LATIFAH BINTI ABDUL MAJID DISEDIAKAN OLEH: ASMA’ BINTI MAHADZIR (A157363) NURUL NABILAH BINTI AHMAD MARZUKI (A157441) SEMESTER 2 2018/2019  1.0 PENDAHULUAN Barat sejak dulu sehingga kini telah menunjukkan minat yang sangat mendalam terhadap agama Islam apabila berusaha mengkaji agama Islam dan menerbitkan pelbagai bahan hasil daripada  penyelidikan yang telah dibuat. Analisis yang dilakukan Samuel Thadeus Scurry telah menemui  bahawa dalam bidang pengkajian Orientalisme, asas pengajian Orientalisme sendiri mengandungi unsur dan pengaruh Barat yang sangat kuat dan spesifik. Samuel dalam tesis pascasarjananya Orientalism in American Cinema: Providing an Historical and Geographical Context for Post-Colonial Theory selepas melakukan kajian keatas tesis yang ditulis oleh Edward Said bertajuk Orientalism pada tahun 1978 mengklasifikasikan tulisan Edward sebagai kurang menyeluruh dari segi konteks sejarah dan membuat kesimpulan bahawa sejarawan kadangkala cenderung menafikan nilai yang terkandung dalam sejarah. Orientalisme dan Pengaruh Salah Faham terhadap Agama Islam tulisan Muhammad Shahrafik bin Ab Kadir pelajar sarjana Usuluddin dan Falsafah dari UKM pula menyatakan terdapat dua golongan orientalis, iaitu memberikan kefahaman yang salah tentang agama Islam seterusnya menggambarkan Islam sebagai suatu agama yang penuh dengan kelompongan dan keburukan ataupun golongan yang benar-benar mengkaji untuk memastikan kebenaran agama Islam seterusnya menghargainya sebagai sebuah agama yang sememangnya syumul. Perkara ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh umat Islam dan perlu dianggap sebagai suatu keperluan yang mendesak kepada para sarjana Islam kerana golongan Barat sentiasa mencari ruang dan peluang melalui karya-karya mereka seperti penulisan buku, artikel, jurnal atau  penerbitan filem, lagu serta lain-lain untuk menimbulkan salah faham terhadap agama dan imej Islam. Melalui kajian ini, makna tersembunyi yang terdapat didalam filem Exodus Gods and Kings akan dirungkai sekaligus mendedahkan kepada kita tentang agenda propaganda Barat dalam  penerbitan filem. 2.0 OBJEKTIF Kajian ini membincangkan tentang propaganda Barat dalam karya berbentuk filem yang tertumpu kepada dua objektif iaitu: a)   Merungkai makna disebalik jalan cerita filem bertajuk Exodus: Gods and Kings  b)   Mendedahkan propaganda Barat yang terkandung didalam filem Exodus: Gods and Kings 3.0 SINOPSIS FILEM Exodus: Gods and Kings Exodus: Gods and Kings adalah sebuah filem dihasilkan Hollywood yang pertama kali ditayangkan pada 12 Disember 2014 oleh pengarah filem bernama Ridley Scott serta penulis Steven Zaillian, Bill Collage dan Adam Cooper dibawah naungan studio produksi 20th Century Fox. Filem ini berdurasi 142 minit dan bergenre drama serta aksi. Filem yang berasal dari Amerika Syarikat ini   menceritakan kisah perjuangan Moses dalam membebaskan beribu-ribu orang Israel  dari perhambaan di Mesir. Christian Bale menggambarkan Nabi Musa, dan Firaun dimainkan oleh Joel Edgerton. (Agung Sasongko 2017) Filem Exodus: Gods and Kings dimulakan dengan gambaran pada beribu tahun sebelum Masihi mengisahkan tentang bangsa Ibrani atau Yahudi yang dijadikan hamba kepada bangsa Mesir untuk melakukan bermacam-macam kerja untuk bangsa Mesir amnya dan demi pembinaan  piramid di Mesir pada waktu itu khususnya. Exodus bermula dengan watak bernama Moses dan Ramses yang rapat. Ramses adalah anak Firaun yang sedang memerintah pada waktu itu yang  bernama Seti. Manakala Moses merupakan seorang lelaki berbangsa Ibrani. Moses (Christian Bale) dan Ramses (Joel Edgerton) bersahabat sejak kecil. Mereka membesar bersama sehinggalah suatu hari berlaku satu kejadian yang membuatkan mereka berpisah dimana Ramses membesar di dalam istana kerajaan, sementara Moses tinggal di kalangan masyarakat biasa. Setelah dewasa Ramses menjadi Firaun atau Raja Mesir. Mesir pada masa itu adalah negara dengan perhambaan yang panjang. Selama ratusan tahun, perhambaan di Mesir menjadi semakin parah. Moses tidak mampu membiarkan hal itu terus terjadi. Dia ingin menghapuskan perhambaan selamanya. Sebagai sahabat lama, Moses meminta kepada Ramses yang sudah menjadi Raja Mesir untuk menghentikan perhambaan. Namun Ramses menolak. Tidak hanya menolak, Ramses juga memerintahkan pegawainya untuk menangkap Moses, orang yang dianggap pemberontak. Sejak saat itu, Moses bersama ribuan hamba melakukan protes mengugut akan meninggalkan Mesir. (Sirojul Khofidz, 2019) 4.0 UNSUR ORIENTALISME YANG TERDAPAT DIDALAM FILEM EXODUS: GODS AND KINGS Jalan cerita Exodus: Gods and Kings menggambarkan banyak salah faham dan penyelewengan fakta sejarah. Contohnya situasi perbalahan diantara Moses dan Ramses. Apabila mendengar saranan Moses agar memberikan sedikit kebebasan kepada golongan hamba iaitu bangsa Ibrani seperti diberikan wang gaji dan sedikit waktu untuk berehat serta bersama keluarga, Ramses menolak. Lalu turunlah bala bencana berupa buaya yang mengganas di sungai, diikuti datangnya katak, lalat, ulat dan seterusnya nyamuk. Kehadiran haiwan-haiwan perosak ini mengundang lebih  banyak penyakit seperti wabak, sakit kulit dan keracunan yang menimpa haiwan-haiwan ternakan. Ketika Ramses masih lagi didalam keengganan untuk menimbang tara cadangan Moses agar meringankan kerja golongan hamba, turun pula hujan batu menimpa bumi Mesir. Kemudian,  berjuta belalang datang menyerang bumi Mesir dan memusnahkan tumbuhan dan tanaman yang telah sekian lama diusahakan rakyat Mesir seperti sawah padi dan pelbagai pokok buah-buahan. Akibat kecewa dengan situasi buruk yang semakin meruncing itu, Moses naik keatas gunung untuk melepaskan marahnya kepada Tuhannya, “Is that it? Are you done?” kata Moses. Pada babak ini, timbul keraguan pada jalan cerita apabila Moses memanggil budak lelaki kecil itu sebagai utusan Tuhan, berlainan dengan apa yang digambarkan pada awal cerita iaitu budak kecil tersebut adalah jelmaan Tuhan. Ramses yang berang dengan apa yang menimpa negara yang diperintahnya merasa sangat tercabar lalu dengan sombong dan angkuhnya mengaku dirinyalah Tuhan yang sepatutnya dan bukan Tuhan Moses. Bala dan bencana yang datang bertimpa-timpa itu digambarkan sebagai berpunca daripada kezaliman pemerintahan Ramses sebagai Firaun atau  raja Mesir pada waktu itu, berlawanan dengan apa yang berlaku dalam sejarah dan sirah iaitu Allah menghukum Firaun kerana Firaun ingkar dengan perintah Allah untuk menyembah-Nya semata-mata dan malah mengaku dirinyalah Tuhan. Rentetan daripada kesombongan Ramses yang mengaku dirinya Tuhan serta turut mencabar untuk melihat siapa yang lebih berkuasa dan enggan akur dengan permintaan Moses agar memerdekakan bangsa Ibrani yang telah menjadi hamba sejak 400 tahun dahulu, sekali lagi Mesir ditimpa bala berupa matinya anak-anak lelaki dari bangsa Mesir. Lalu bersedihlah bangsa Mesir diatas apa yang berlaku iaitu perginya anak-anak lelaki mereka yang masih kecil. Hal ini menyebabkan Tuhan sekali lagi dilihat sebagai kejam kerana sanggup mematikan anak-anak hanya kerana ingin menghukum perlakuan pemerintah Mesir yang tidak mahu memerdekakan golongan hamba. Sedih, marah dan kecewa dengan satu persatu bala bencana yang jatuh menimpa, Moses datang lagi keatas gunung lalu menjerit-jerit memanggil Tuhan. Dia mengugut Tuhan dan memberitahu tidak akan lagi ikut serta dalam menjayakan rancangan menghukum Ramses yang diktator. Kerana terlalu sedih dengan kematian anaknya, Ramses telah terlepas cakap apabila memberi keizinan untuk seluruh bangsa Ibrani keluar meninggalkan Mesir dan pulang ke negeri asal mereka iaitu Kanaan yang dikatakan sebagai tempat asal bangsa Ibrani. Teruja dan gembira dengan perintah dan kemerdekaan yang dijanjikan Ramses, Moses dan  para pengikutnya yang setia bergegas meninggalkan Mesir dengan segera. Setelah menempuh  pelbagai dugaan dan rintangan, Moses dan pengikutnya sampai dihadapan laut yang terbentang luas. Buntu dengan situasi tersebut, Moses sekali lagi meminta petunjuk Tuhan untuk diberikan  jalan. Moses turut membaling pedangnya kedalam laut sebagai tanda kecewa. Keesokan harinya, Moses bangun dalam keadaan bingung apabila orang ramai dilihat memerhatikan air laut yang tiba-tiba surut dan berubah dari arus sebenar. Menyedari ianya adalah pertolongan yang kemungkinan datang dari Tuhan, Moses terus memerintahkan para pengikutnya agar bersama-sama menyeberang laut dihadapan mereka walaupun mendapat kecamam daripada para  pengikutnya yang tidak bersetuju dengan pendapatnya kerana khuatir akan membahayakan keselamatan semua orang. Ramses yang berada di belakang dengan bala tentera dan kuda-kudanya tetap meneruskan  perjalanan untuk mengejar Moses dan tenteranya. Ramses tiba di hadapan laut dan berkeras untuk turut menyeberang. Sampai di tengah-tengah laut, arus air tiba-tiba sahaja berubah menjadi sangat laju. Para pengikut Ramses yang ketakutan bertindak berpatah balik pulang ke pantai meninggalkan Ramses yang masih berdegil untuk mengejar Moses. Moses yang kasihan terhadap Ramses yang degil, terus menuju ke tengah laut tempat dimana Ramses masih lagi mengejarnya untuk menyelamatkannya. Setibanya di tanah tempat kelahirannya, Moses bertungkus lumus menulis wahyu-wahyu yang diturunkan oleh Tuhan iaitu diatas pelepah tamar, kambing, kulit  binatang, daun kering serta menukulnya diatas batu-batuan. Filem ini mengundang pelbagai kontroversi bukan sahaja disebabkan ketidatepatan sejarah yang digambarkan, malah kerana semua pemain utama filem seperti raja dan permaisuri adalah dikalangan pelakon berkulit putih sahaja. Hal ini mencetuskan kritikan bahawa filem ini mengandungi unsur perkauman serta sengaja mengabaikan ketepatan sumber fakta sejarah yang sebenar. Selain itu, para lelaki dari keturunan kerabat diraja Mesir atau golongan bangsawan juga dilihat memakai perhiasan daripada emas. Antara unsur orientalisme lain yang terdapat didalam filem adalah paparan wanita dijadikan hamba. Hal ini sangat mirip dengan sirah yang kita ketahui bahawa golongan hamba   pada zaman dahulu sememangnya wujud, kerana berperanan membantu melakukan kerja-kerja  para isteri dari golongan berkemampuan. Wanita didalam filem ini juga dilihat memakai penutup kepala. Kemudian, ketika berlaku perang diantara bangsa Mesir dengan kabilah Het, bangsa Mesir diperlihatkan berperang tanpa mematuhi peraturan yang telah digariskan oleh Islam apabila turut membunuh orang tua, wanita dan kanak-kanak. Situasi Moses mendapat wahyu juga seolah-olah meniru situasi Rasulullah SAW ketika  pertama kali mendapat wahyu di Gua Hira’ iaitu berpeluh, merasa ketakutan, cemas dan meminta agar diselimutkan. Bertitik tolak dari peristiwa tersebut, Moses bertindak meninggalkan keluarga dan kampung halamannya untuk pergi berperang melawan kezaliman Raja Mesir pada waktu itu iaitu Ramses. Bangsa Mesir juga dilihat sebagai zalim kerana suka membunuh manusia lain tanpa sebab-musabab yang kukuh. Selain mengangkat kisah Nabi Musa melalui skrip bahawa “ Moses berasal dari bangsa Ibrani (Yahudi). Kerana takut dibunuh oleh Firaun pada waktu itu, ibunya telah bertindak menghanyutkan Moses ke sungai. Moses kemudian diselamatkan oleh hamba Firaun yang bekerja sebagai tukang sikat rambut kepada isteri Firaun. ”  Satu watak telah menyebut definisi istilah Israel yang diragukan kesahihannya dan motifnya. Hal ini dikhuatiri hanya mengikut kefahaman yang pihak produksi filem sahaja. Gambaran hukuman sebat juga diperlihatkan seolah-olah ia suatu hukuman yang sangat dahsyat dan tidak berperikemanusiaan. Di pertengahan jalan cerita, kerana risau rahsianya terbongkar, Moses tanpa berfikir  panjang bertindak membunuh beberapa orang lelaki yang didapati telah mencuri dengar perbualan rahsia antaranya dengan seorang lelaki terhormat sekaligus memperlihatkan watak bernama Moses sebagai seorang yang kejam. Kemudian berlaku ribut diatas gunung menggambarkan petanda turunnya wahyu dari Tuhan kepada Moses. Ketika berlakunya dialog diantara Moses dengan Tuhan, muncul seorang budak lelaki, menyebabkan timbulnya tanda tanya siapakah sebenarnya  budak lelaki tersebut yang berdialog seperti seorang yang mempunyai kuasa dan mampu berbuat apa sahaja. 5.0 PROPAGANDA BARAT YANG TERKANDUNG DALAM FILEM EXODUS: GODS AND KINGS Antara propaganda Barat yang terkandung dalam jalan cerita filem Exodus: Gods and Kings yang  boleh dibalas dengan hujah adalah: a)   Gambaran kisah Nabi Musa Moses dan para pengikutnya bergegas meninggalkan Mesir dengan segera setelah diberikan kemerdekaan. Hal ini berbeza dengan sejarah, kerana Nabi Musa AS dan para pengikutnya lari kerana ingin menyelamatkan akidah mereka. Setelah menempuh perjalanan yang berliku Moses dan pengikutnya tiba dihadapan laut yang terbentang luas. Moses meminta petunjuk Tuhan. Disebabkan buntu, Moses membaling  pedangnya kedalam laut. Keesokan harinya, air laut tiba-tiba surut dan berubah dari arus sebenar
We Need Your Support
Thank you for visiting our website and your interest in our free products and services. We are nonprofit website to share and download documents. To the running of this website, we need your help to support us.

Thanks to everyone for your continued support.

No, Thanks
SAVE OUR EARTH

We need your sign to support Project to invent "SMART AND CONTROLLABLE REFLECTIVE BALLOONS" to cover the Sun and Save Our Earth.

More details...

Sign Now!

We are very appreciated for your Prompt Action!

x